Tips Mudah Guru Menggunakan Google Classroom

Tips Mudah Guru Menggunakan Google Classroom

Tips Mudah Guru Menggunakan Google Classroom?

Ketika PKP inilah paling sesuai nak gunakan Google Classroom ini. Tapi macam mana?

Jangan risau..

TheSumber membawakan anda Tips Mudah Guru Menggunakan Google Classroom untuk menyenangkan urusan guru-guru yang ingin menggunakan Google Classroom ini. Mudah sahaja.

Mari teruskan bersama kami!

Google Classroom Untuk Guru & Murid

Google Classroom merupakan suatu perkhidmatan internet percuma yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah dengan tujuan mempermudahkan urusan pembahagian dan penandaan tugasan sekolah tanpa menggunakan kertas.

Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar.

Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan pengedaran tugasan, Google Document, Helaian dan Slaid untuk penulisan, Gmail untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk penjadualan.

Pelajar boleh dijemput untuk menyertai kelas melalui kod persendirian, atau secara automatik diimport dari domain sekolah. Setiap kelas membuat folder berasingan dalam Drive pengguna masing-masing, di mana pelajar boleh menghantar kerja untuk dinilai oleh guru. Aplikasi mudah alih juga tersedia untuk peranti iOS dan Android.

Pengguna boleh mengambil gambar dan melampirkan pada tugasan, berkongsi fail dari aplikasi lain, dan mengakses maklumat di luar talian. Guru boleh memantau kemajuan untuk setiap pelajar, dan selepas dinilai, guru boleh kembali kerja, bersama-sama dengan komen.

Tips Mudah Guru Menggunakan Google Classroom

CARA LOGIN GOOGLE CLASSROOM

GURU

  1. Klik >Go to Classroom, kemudian Log masuk menggunakan akaun moe-dl anda
  2. Klik pada tanda “+” > “Create Class”
  3. Isikan butiran kelas anda
  4. Masukkan murid ke dalam kelas melalui tab “People” dengan menggunakan akaun moe-dl mereka
  5. Mula muat naik bahan pengajaran serta tugasan pada tab “Classwork” > “Create”!
BACA JUGA :  Renew Lesen Memandu Online & Roadtax Digital

CARA LOGIN GOOGLE CLASSROOM

MURID

  1. ID dan Password akaun Google Classroom murid-murid akan diberikan oleh guru kelas masing-masing
  2. Ibu bapa / penjaga boleh membantu anak-anak untuk login menggunakan id tersebut dengan mengakses pautan Google Classroom

GOOGLE CLASSROOM DAN TELEFON PINTAR

Tips Mudah Guru Menggunakan Google Classroom

  1. Pastikan telefon pintar anda mempunyai Google Apps Device Policy. Jika TIADA, sila download di AppStore atau Google Play
  2. Jika telah mempunyai Google Apps Device Policy, sila muat turun aplikasi Google Classroom seperti yang kami tunjukkan di bawah.
  3. Log Masuk menggunakan ID@moe-dl.edu.my: Sila gunakan kata laluan yang telah diberikan pada anda.

DOWNLOAD APLIKASI 

Sila klik pada pautan yang kami sediakan di bawah untuk memuat turun aplikasi ini:

FAEDAH APLIKASI GOOGLE CLASSROOM

  1. Memudahkan guru untuk membuat kelas dan pelajar untuk menyertai kelas tersebut.
  2. Google Docs dapat membantu guru menyediakan dan mengagihkan tugasan atau latihan kepada murid.
  3. Dapat menyimpan senarai nama dan rekod pelajar dengan lengkap.
  4. Guru dapat menanda dan menilai tugasan murid dengan mudah.
  5. Sebarang pengumuman dapat dilakukan pada bahagian Class Stream sepertimana kegunaan News Feed dalam Facebook.
  6. Bahan rujukan, latihan, tugasan dan lain-lain dapat disimpan dengan lebih baik di bahagian Materials.
  7. Kuiz ringkas dapat diadakan dan boleh terus dijawab oleh murid.
  8. Perbincangan dua hala antara guru dan murid dapat dijalankan dengan mudah.
  9. Para pelajar dapat menyemak kalendar untuk mengenalpasti tarikh-tarikh penting (seperti bilakah tarikh akhir sesuatu tugasan perlu dihantar dan bermacam lagi).
  10. Pentadbir dapat mengakses dan menyelia tugasan dan perkembangan kelaskelas yang dimahukan di sekolah.

MANUAL & MODUL GOOGLE CLASSROOM

Untuk mengetahui langkah selanjutnya, muat turun Manual Pengguna Google Classroom:

  1. Manual Pengguna Google Classroom
  2. Modul Google Classrom
BACA JUGA :  Top-tier Luxury Product Placement Agencies

Maklumat Lanjut 

Sebagai langkah memudahkan para guru untuk berkongsi maklumat atau cadangan dan sebagainya, disyorkan agar menyertai kumpulan Telegram Google Classroom Training di pautan ini:

Untuk maklumat lanjut dan bantuan teknikal, hubungi:

  • No Telefon: 0166628915
  • Email: google-helpdesk@eduspec.com.my

Kesimpulan Tips Mudah Guru Menggunakan Google Classroom

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada mereka yang masih baru menggunakan Google Classroom ini. Sebar-sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain!

Selamat belajar secara online semua!

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com