Cara Semak Scammer Skim Penipuan Secara Online

Cara Semak Scammer Skim Penipuan Secara Online

Cara Semak Scammer Online?

Di dalam keadaan kita yang terdesak sekarang ini dan memerlukan wang, pasti akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan. Terutamanya scammers penipu yang bergerak secara online ni.

TheSumber hari ini dengan artikel Cara Semak Scammer Skim Penipuan Secara Online membawa anda panduan lengkap untuk menyelamatkan anda dari terjatuh ke perangkap scammers ini.

Cara Semak Scammer Skim Penipuan Secara Online

Maklumlah di dunia yang serba canggih dan penuh dengan teknologi ini segala aktiviti boleh dilakukan secara online, transaksi perbankan online, shopping online, tak kira lah melalui Facebook, Instagram atau pun mana-mana sosial media yang lain, anda terdedah kepada bahaya ini.

Untuk pengetahuan anda, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan satu portal bagi membolehkan orang awam menyemak akaun bank atau nombor telefon yang dikhuatiri terbabit dengan transaksi penipuan urus niaga dalam talian atau scam.

Portal khas PDRM itu dibuat bertujuan untuk membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank atau nombor telefon itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.

SEMAK SCAMMER SECARA ONLINE

Berikut kami kongsikan cara-cara membuat semakan scammer ini menggunakan laman web yang disediakan oleh PDRM:

LANGKAH 1:

Layari laman web rasmi CCID. Sila klik pada pautan yang kami sediakan di bawah:

BACA JUGA :  Permohonan eKasih 2021: Daftar & Semakan

Laman Rasmi CCID

LANGKAH 2:

Masukkan No. Akaun Bank suspek penipuan di ruangan yang disediakan dan juga kod Captcha lalu tekan Semak Maklumat.

Cara Semak Scammer Skim Penipuan Secara Online

 

Selain itu, pengguna juga boleh memasukkan nombor telefon suspek yang dianggap cuba melakukan penipuan dengan memilih kategori ‘Nombor Telefon’

 

Cara Semak Scammer Skim Penipuan Secara Online

LANGKAH 3:

Setelah itu, paparan maklumat akan ditunjukkan sama ada terdapat laporan yang pernah dibuat bagi Nombor Akaun/Nombor Telefon terbabit ataupun tidak.

Sekiranya tiada, maklumat turut akan dipaparkan bagi bilangan jumlah carian yang pernah dibuat bagi Nombor Akaun/Nombor Telefon terbabit yang menunjukkan terdapat kemungkinan cubaan penipuan pernah dilakukan.

Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati dengan laman web yang mencurigakan.

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL JIKA ANDA DITIPU

Sekiranya nombor akaun/nombor telefon yang dimasukkan mempunyai rekod laporan penipuan dan pengguna telah pun melakukan transaksi kewangan dengan mereka,

JANGAN PANIK dan ikuti langkah tindakan yang perlu diambil antaranya:

  1. Membuat Laporan Polis dengan menyertakan bukti seperti resit transaksi dan sebagainya
  2. Sekiranya melibatkan jumlah kewangan yang besar, hubungi penasihat kewangan dan dapatkan bantuan nasihat daripada mereka
  3. Maklumkan kepada orang ramai agar tidak berlaku kejadian yang sama kepada orang lain

MAKLUMAT PENTING!!

Selain membuat semakan di laman CCID yang disediakan pihak PDRM, terdapat beberapa cara yang boleh diambil oleh pengguna untuk mengenalpasti skim sindiket penipuan iaitu:

  1. Sekiranya melayari sesebuah laman web, lihat dan pastikan sama ada ianya lengkap, meyakinkan dan boleh dipercayai atau tidak
  2. Baca komen atau testimoni daripada pelanggan-pelanggan lain
  3. Sekiranya berurusan secara langsung, lihat dan kenalpasti gambar profil yang digunakan di Facebook/Whatsapp adakah gambar betul atau palsu
  4. Pengguna boleh mencari nombor telefon/nombor akaun suspek di laman web seperti Facebook dan Google untuk melihat sama ada pernah atau tidak orang lain terlibat dalam situasi sama
  5. Buat perbandingan harga barang/servis di platform lain, sekiranya didapati jauh berbeza iaitu terlalu murah maka pengguna harus berhati-hati
  6.  Anda digalakkan untuk bertemu penjual tersebut atau secara COD sekiranya membuat transaksi melebihi RM1,000.
BACA JUGA :  Tarikh Bayaran BPN 2.0 Pada 26 Oktober 2020 & Semakan Status

Maklumat Lanjut Cara Semak Scammer Skim Penipuan Secara Online

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan Skim Penipuan Secara Online, sila rujuk dan hubungi butiran yang disediakan berikut:

Kesimpulan Cara Semak Scammer Skim Penipuan Secara Online

Kami nasihatkan agar anda sentiasa berhati-hati dalam melakukan apa juag aktiviti online yang melibatkan transaksi wang. Sekiranya laman web atau peniaga itu nampak mencurigakan, segeralah membuat semakan di laman web CCID.

TERIMA KASIH