Semakan Status iSinar Kategori 2 & Tarikh Pembayaran

Semakan Status iSinar Kategori 2 & Tarikh Pembayaran

Semakan Status iSinar Kategori 2.

Anda dah selesai buat permohonan iSinar Kategori 2?

Macam mana nak buat semakan yang permohonan anda dah lulus?

Bila tarikh pembayaran iSinar kategori 2 ni?

Jangan risau, mari baca artikel kami hari ini Semakan Status iSinar Kategori 2 & Tarikh Pembayaran dimana semua maklumat yang anda perlukan kami sertakan disini.

Isi Kandungan

Semakan Status iSinar Kategori 2 & Tarikh Pembayaran

PENTING!

Makluman daripada KWSP dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa mereka yang membuat permohonan iSinar KWSP Kategori 2 boleh mula membuat semakan permohonan pada 8 Februari 2021.

Bagi mereka yang telah membuat semakan dan mendapati permohonan mereka lulus anda dinasihati untuk membuat SEMAKAN SEKALI LAGI untuk memastikan permohonan anda diluluskan ataupun tidak.

Hal ini kerana terdapat MASALAH TEKNIKAL yang berlaku pada paparan teknikal iSinar Kategori 2 apabila anda membuat semakan permohonan sebelum tarikh 8 Februari 2021.

TARIKH PEMBAYARAN iSINAR KATEGORI 2 BERMULA 25 FEBRUARI 2021

Untuk makluman anda, proses pembayaran bagi pemohon i-Sinar Kategori 2 yang berjaya akan mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 25 Februari 2021.

Suka kami ingatkan, bagi pemohon yang telah menerima Bayaran Interim i-Sinar sebanyak RM1,000 sebelum ini, anda akan menerima baki pembayaran yang telah dipohon.

Sebagai contoh, jika pemohon telah menerima bayaran interim sebanyak RM1,000 dan permohonan bagi pengeluaran i-Sinar Kategori 2 diluluskan, pemohon akan menerima baki bayaran sebanyak RM9,000.

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN iSINAR KATEGORI 2

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status permohonan mereka, mudah sahaja, ikuti langkah-langkah yang kami sediakan di bawah:

  1. Anda perlu layari laman web rasmi: SEMAKAN iSINAR KATEGORI 2
  2. Kemudian anda klik pada bahagian SEMAK STATUS
  3. Selepas itu, masukkan no kad pengenalan dan telefon bimbit anda
  4. Klik pada bahagian ‘SAYA BUKAN ROBOT’
  5. Klik pula pada butang ‘SEMAK STATUS’
  6. Status keputusan permohonan i-Sinar Kategori 2 anda akan dipaparkan.
Read Also :  Senarai Majikan Lulus Subsidi Upah PERKESO [Semakan Online]

Semakan Status iSinar

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN iSINAR DI i-AKAUN KWSP

Cara kedua untuk anda membuat semakan permohonan adalah melalui i-akaun KWSP anda seperti berikut:

  1. Login ke i-Akaun KWSP anda dengan cara memasukkan ID dan juga kata laluan
  2. Klik pada ‘peti masuk’ atau ‘inbox’ anda
  3. Keputusan status permohonan iSinar KWSP anda akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut Semakan Status iSinar Kategori 2

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai i-Sinar KWSP, anda boleh terus hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH