Cara Daftar Selangor Kerjaya Online 10,000 Peluang Pekerjaan

Cara Daftar Selangor Kerjaya Online 10,000 Peluang Pekerjaan

Cara Daftar Selangor Kerjaya Online.

Kadar pengangguran yang semakin meningkat menunjukkan betapa besar impak pandemik Covid-19 kepada ekonomi negara. Hal ini sudah semestinya memberi kesan kepada rakyat terutamanya golongan B40.

Tapi jangan risau, Daftar Selangor Kerjaya menawarkan hampir RM10,000 peluang pekerjaan!

Anda inginkan maklumat lanjut?

Baca artikel Cara Daftar Selangor Kerjaya Online 10,000 Peluang Pekerjaan! sebagai rujukan untuk anda membuat pendaftaran.

Semuanya ada disini!

Cara Daftar Selangor Kerjaya Online 10,000 Peluang Pekerjaan!

PROGRAM SELANGOR KERJAYA

Untuk makluman anda, kerajaan negeri Selangor telah melancarkan laman web Selangor Kerjaya untuk menangani isu penggangguran yang sedang melanda negara akibat pandemik Covid-19.

Ianya merupakan inisiatif oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), bertujuan untuk memacu ekonomi warga Selangor melalui pemadanan kerjaya yang berkesan.

Menariknya tentang program ini, calon bakal menjalani penilaian profil serta pemadanan kerjaya sebelum penempatan kerja sebenar berlaku. Ini dapat menambah pengalaman pekerja calon sesuai dengan kemahiran yang ada.

Program ini juga bakal memberi pendedahan dan pengalaman industri secara langsung menerusi latihan di tempat kerja, tanpa sebarang kos.

KELEBIHAN PROGRAM SELANGOR KERJAYA

Pendekatan unik portal ini adalah pemadanan calon yang sesuai dengan kehendak majikan melalui profil pintar bagi mengenalpasti keperluan kemahiran kedua-dua pihak dalam meningkatkan kemahiran untuk IR4.0.

Calon akan lebih terdedah dengan suasana bekerja yang efisien dan efektif.

Menarik buka?

Jom daftar program Selangor Kerjaya ni!

CARA DAFTAR SELANGOR KERJAYA ONLINE

Pendaftaran Selangor Kerjaya ini dibuka kepada tenaga kerja dan majikan yang berminat mendapatkan tenaga kerja yang menepati permintaan penawaran pekerjaan.

Read Also :  Business Travel Rewards Credit Card

Mereka yang berjaya akan menjalani program latihan dalam talian yang ditetapkan bersama dengan majikan selama setahun bagi mengasah bakat dan kemahiran.

Senang saja nak daftar ni, anda hanya ikut cara-cara berikut:

  1. Anda perlu melayari laman web rasmi: PORTAL SELANGOR KERJAYA
  2. Selepas itu, anda klik pada butang ‘DAFTAR SEKARANG’
  3. Kemudian, isikan maklumat peribadi dengan lengkap dalam ruang yang disediakan. Pastikan maklumat yang diisi betul.
  4. Buat pengesahan dan klik ‘tick’ pada kotak.
  5. Akhir sekali, klik pada butang ‘SUBMIT’

Selesai!

Cara Daftar Selangor Kerjaya Online

Maklumat Lanjut Cara Daftar Selangor Kerjaya Online

Sekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan dan pertanyaan mengenai Program Selangor Kerjaya ini anda boleh hubungi/layari pihak yang berkaitan di talian:

  1. Telefon : +6012 7175774
  2. E-mel : [email protected]

Selain itu, portal ini juga berinteraksi dengan orang ramai secara terus menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Linkedin, Twitter dan Whatsapp.

Sebarkan artikel ini untuk membantu rakan-rakan atau ahli keluarga yang memerlukan pekerjaan.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Juan carlos vela saa. Top 10 bitcoin mining rigs of 2024 : leading the charge in crypto earnings.