Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP

Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Anda berminat dan mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (SPP)?

Artikel Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP khas buat rujukan mereka yang berminat.

Jom baca!

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menawarkan peluang ini kepada semua individu di dalam negara untuk memohon jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Untuk makluman anda, permohonan jawatan ini hanya dibuka kepada calon-calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan graduan dari Universiti Awam yang telah menamatkan pengajian.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sebelum membuat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  4. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA-CARA PERMOHONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Untuk makluman anda, semua permohonan perlu dijalankan secara atas talian/online melalui portal mySPP sahaja.

Anda juga perlu berdaftar dan membuat satu akaun di laman SPP dahulu sebelum boleh mula membuat permohonan.

Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun dan melepasi syarat-syarat kelayakan di atas, berikut adalah cara-cara permohonan jawatan ini:

  1. Log in portal mySPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/
  2. Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’, dan klik sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’
  3. Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’
  4. Masukkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 di dalam kotak tersebut.
  5. Pemohon perlu memilih Pusat Temuduga/Ujian Khas daripada senarai yang diberikan.
  6. Kemudian tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
  7. Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’ dan pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
  8. Klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
  9. Klik butang ‘Hantar.’
BACA JUGA :  Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS)

SEMAKAN PERMOHONAN PEGAWAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Bagi mereka yang ingin membuat semakan akan status permohonan mereka boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Klik pada bahagian ‘Semakan Permohonan.’
  2. Skrin akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan.
  3. Paparan akan memaparkan sama ada permohonan berjaya atau tidak.
  4. Jika paparan yang dipaparkan “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian.

Kesimpulan Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP

Pemohon yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi Talian Hotline mySPP di talian 03-8893 4019/4020/4021/4022.

Kami berharap artikel ini dapat membantu mencapai-capai cita memegang jawatan yang diidam-idamkan.

Selamat maju jaya kepada semua pemohon!

TERIMA KASIH