Permohonan Online Projek Pertanian Bandar [PENJANA] 2020

Permohonan Online Projek Pertanian Bandar [PENJANA]

Permohonan Online Projek Pertanian Bandar

Menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu, kerajaan telah mewujudkan satu projek untuk penduduk bandar dan pinggir bandar iaitu Projek Pertanian Bandar.

Apa matlamat projek ini?

Anda berminat?

Baca artikel kami Permohonan Online Projek Pertanian Bandar [PENJANA] 2020 untuk mendapatkan panduan yang lengkap. Semua maklumat yang anda perlukan berkenaan projek ini kami sediakan di sini.

Projek Pertanian Bandar

Perlaksanaan projek ini bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menyekat penularan wabak COVID-19.

Projek Pertanian Bandar ini juga bertujuan untuk mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi dalam kalangan komuniti bandar serta membantu dan menjamin keselamatan makanan negara.

Senarai kumpulan sasar yang terlibat di dalam projek ini adalah seperti berikut:

  • Belia
  • NGO
  • Perumahan bandar dan pinggir bandar
  • Institusi kerajaan atau swasta
  • Komuniti luar bandar

NOTA:

Bantuan yang akan diberikan adalah secara one-off berbentuk input pertanian, latihan, dan khidmat nasihat teknikal.

Permohonan Online Projek Pertanian Bandar

Kami kongsikan pada anda syarat-syarat kelayakan permohonan, kategori permohonan yang terlibat dan panduan permohonan:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Anda yang berminat untuk menyertai projek ini tertakluk kepada syarat-syarat permohonan yang berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Permohonan hanya terhad kepada 1 permohonan sahaja.
  3. Pemohon mestilah berminat untuk melaksanakan projek pertanian.
  4. Pemohon perlu bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek pertanian.
BACA JUGA :  Bantuan Bayaran Balik Pinjaman 2021 (PEMERKASA Plus)

2 KATEGORI PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, projek ini merangkumi 2 kategori iaitu:

  1. Kategori Komuniti- Projek yang dilaksanakan di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.
  2. Kategori Individu- Projek yang dijalankan secara individu di kediaman masing-masing.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN

Bagi mereka yang berminat menyertai projek ini permohonan telah pun dibuka sekarang sehingga 31 Julai 2020

Mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan permohonan di atas boleh mendapatkan borang permohonan projek pertanian bandar ini mengikut kagetori dengan memuat turun borang tersebut di pautan yang kami sediakan di bawah:

BORANG PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN BANDAR: KATEGORI INDIVIDU

BORANG PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN BANDAR: KATEGORI KOMUNITI

Anda juga boleh mendapatkan borang permohonan ini di Pejabat Pertanian yang berdekatan.

Anda boleh menghantar borang yang telah diisi lengkap ke emel bandar@doa.gov.my atau anda boleh hantar secara manual (serahan tangan) atau faks ke Pejabat Pertanian setiap negeri. Berikut kami sertakan pautan senarai dan no telefon pejabat pertanian setiap negeri:

SENARAI NO. TELEFON DAN FAKS JABATAN PERTANIAN NEGERI

Setelah permohonan lengkap diterima, pegawai Jabatan Pertanian akan melawat kawasan projek untuk menentukan kategori projek, kesesuaian tapak, dan jenis bantuan/insentif yang diperlukan.

Maklumat & Info Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi Pejabat Pertanian Daerah atau alamat dan no telefon yang kami sediakan di bawah:

  • Bahagian Pertanian Bandar,
    Aras 12, Wisma Tani,
    Lot 4G2, No 30,
    Persiaran Perdana, Presint 4,
    62624 Putrajaya.
  • No Telefon: 03-8870 3212/3616/3618/4226
  • Laman web: http://www.doa.gov.my.

Permohonan Online Projek Pertanian Bandar [PENJANA]

Kesimpulan 

Semoga artikel kami hari ini dapat membantu memudahkan urusan anda untuk menyertai projek pertanian ini. Kongsi-kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda agar manfaatnya sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

BACA JUGA :  Bantuan Pakej Pelan Data & Peranti Percuma Pelajar IPT B40

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH

BASED GEOFENCED DEVICE ADVERTISING