Permohonan Minhah Covid19 RM200 Bantuan Tambahan Khas

Permohonan Minhah Covid19 RM200 Bantuan Tambahan Khas

Permohonan Minhah Covid19 RM200

Berita baik buat rakyat negeri Johor yang memerlukan bantuan tambahan bagi menghadapi situasi getir covid-19, anda kini boleh membuat permohonan bantuan Minhah Covid19!

MAINJ akan menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM 200 kepada 17,000 individu menerusi Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19.

Bagaimana nak buat permohonan?

Thesumber dengan artikel Permohonan Minhah Covid19 RM200 Bantuan Tambahan Khas menyediakan anda segala maklumat yang anda perlukan untuk rujukan permohonan.

Bantuan Tambahan Khas Covid19 MAINJ

Minhah Covid- 19 MAINJ ini adalah bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada individu yang sumber pendapatannya benar-benar terjejas susulan pandemik Covid-19.

Bantuan akan diberikan secara one-off sebanyak RM200 kepada individu yang benar-benar memerlukan.

Permohonan Minhah Covid19 RM200 Bantuan Tambahan Khas

Permohonan Minhah Covid19 RM200 Bantuan Tambahan Khas

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan maklumat lanjut buat rujukan anda:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MINHAH COVID19

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  3. Pemohon hendaklah bermastautin di Johor sekurang-kurangnya 3 tahun.
  4. Pemohon perlu memastikan bahawa anda BUKAN penerima Bantuan Bulanan MAINJ.

CARA PERMOHONAN MINHAH COVID19 ONLINE

Sekiranya anda telah memenuhi semua syarat kelayakan di atas anda boleh mendapatkan borang permohonan mengikut link yang telah diberikan di bawah untuk setiap daerah di negeri Johor:

Daerah Kota Tinggi

https://forms.gle/DB5cHwwgZaHCcN6X6

Daerah Mersing

https://forms.gle/dc4Qr45XkUkTazTX8

Daerah Kluang

https://forms.gle/jswFFPTizvVYpDc9A

Daerah Kulai

https://forms.gle/TPQ7BvRpYmDAwUjT7

Daerah Pontian

https://forms.gle/tt2k8qZErhtKbRQx8

Daerah Segamat

https://forms.gle/Cj1D9GRpbsySK24C8

Daerah Tangkak

BACA JUGA :  Semak Status Kelayakan Pinjaman Peribadi BSN Online 2020

https://forms.gle/hs41Qm9PFabawodg7

Daerah Muar

https://forms.gle/EKgB6n893S68KP7C6

Daerah Batu Pahat

https://forms.gle/BfZVAGuFRaXUWwYx6

Daerah Johor Bahru

https://forms.gle/VUkjicCJYEcdpjKZ7

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen berikut perlu dimuat naik sebelum menghantar permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan.
  3. Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan (jika berkenaan)

Maklumat Lanjut Permohonan Minhah Covid19

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak MAINJ di talian 07-2282929 atau menghantar email ke alamat zakat@maij.gov.my.

Kesimpulan Permohonan Minhah Covid19

Semoga artikel kami ini dapat membantu rakyat negeri Johor yang benar-benar memerlukan. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluaraga anda yang lain.

Pastikan ada sentiasa menjaga SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH