Syarat Kemasukan & Permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD)?
Bagi mereka yang berminat, keutamaan diberikan kepada pelajar yang mempunyai merit tinggi dalam akademik dan aktiviti kokorikulum. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara online di laman web rasmi Maktab Tentera Diraja.
Syarat Kemasukan & Permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD) memberikan anda panduan ringkas khususnya pada mereka yang benar-benar berminat.
Jom baca!
Isi Kandungan
Syarat Kemasukan & Permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD)
Maktab Tentera DiRaja atau lebih dikenali dengan MTD adalah salah sebuah sekolah berasrama penuh taraf Premier di bawah kelolaan Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH). MTD sedikit berbeza dengan sekolah biasa kerana ia menerapkan sedikit latihan ketenteraan.
Penubuhan MTD adalah untuk menyediakan belia-belia dalam Malaysia yang boleh mengambil tempat bekerja sebagai pegawai-pegawai tentera. Mereka disediakan dengan kehidupan dan latihan ala tentera dalam masa yang sama pembelajaran yang sama seperti sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
SYARAT KEMASUKAN AKADEMIK
Mereka yang berminat sekurang-kurangnya perlu memastikan yang anda melepasi syarat-syarat kelayakan akademik berikut sebelum membuat permohonan:
- Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2020 iaitu sekurang-kurangnya 7A (termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum.
SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL DAN KESIHATAN
Selain daripada syarat kelayakan akademik, pemohon juga perlu mempunyai kelayakan kesihatan dan fizikal seperti berikut:
- Warganegara Malaysia lelaki berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2021
- Jantina: Lelaki
- Tinggi Minimum: 152 cmz
- Berat Minimum: 40.5 kg
- Body Mass Index (BMI): 18 hingga 27
- Ukuran dada 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
- Penglihatan: baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12).
- Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
PANGGILAN UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA AWAL
Senarai pelajar yang berjaya untuk menghadiri temuduga awal akan dipaparkan di laman sesawang rasmi MTD dan laman facebook rasmi seminggu (7 hari) selepas tarikh tutup permohonan.
Tambang, kos perjalanan bagi menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal adalah atas tanggungan calon-calon, manakala kerperluan penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak MTD.
Pautan adalah seperti yang kami sediakan dibawah:
Akaun Facebook Rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)
Laman Web Rasmi Rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)
KEISTIMEWAA PELAJAR MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)
- Kemudahan penginapan dan sajian sebanyak 6 kali sehari.
- Rawatan kesihatan
- Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian.
- Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan (Wimsa Putera) yang lengkap dengan mesin penghawa dingin
- Buku teks dan keperluan pembelajaran.
- Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.
- Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.
- Perkhemahan dan latihan tahunan ala ketenteraan
- Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki rejimental, military map reading dan war cry.
- Waran perjalanan udara tahunan (dua hala) bagi pelajar MTD dari Sabah dan Sarawak.
PERMOHONAN MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) 2020
Permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) boleh dibuat secara online.
Tarikh permohonan akan dikemaskini.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak MTD dengan cara berikut:
- Alamat: Unit Pengambilan & Promosi, Jabatan Pendidikan Tentera, Maktab Tentera Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
- Hotline 1 : 03-89465555
- Hotline 2: 03 8946 5562
- Fax : 03 8946 5530
- Email: [email protected]
Kesimpulan
Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja.
Sebar-sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
TERIMA KASIH