MyRail5 KTMB: Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari

MyRail5 KTMB: Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari

MyRail5 KTMB: Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari

Berita baik khususnya buat golongan OKU dan pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5!

Kini anda boleh mendaftar untuk mendapatkan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari MyRail5 KTM.

Bagaimana?

Thesumber dengan artikel MyRail5 KTMB: Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari membawakan anda panduan mudah buat rujukan mereka yang berminat untuk mendaftar.

Mari teruskan bersama kami.

MyRail5 KTMB Memudahkan Perjalanan

Pas ini diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan Shuttle Timuran selain mengalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

Ianya digunakan bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, KTM Komuter sektor Utara dan Shuttle Timuran (Kuala Lipis – Tumpat).

MyRail5 KTMB: Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6
  3. Golongan OKU

TEMPOH MENDAFTAR MyRAIL5 KTMB

  • Pendaftaran MyRail5 mula dibuka pada 27 Disember 2020 secara online sehingga 1 Januari 2020.
  • Pas Perjalanan MyRail5 boleh didapati bermula dari 1 Januari 2021 sehinggan 31 Disember 2020 dengan harga RM5/sebulan.
  • Pas ini boleh digunakan selama 30 hari berturut-turut (termasuk hujung minggu dan cuti am) dari tarikh pembelian / pembaharuan pas MyRail5.

DAFTAR MyRail5 KTMB SECARA ONLINE & MANUAL

PENDAFTARAN SECARA ONLINE

  1. Mendaftar di laman web: DAFTAR MyRAIL5 SECARA ONLINE
  2. Ikuti semua proses permohonan dan sertakan dokumen yang diperlukan (muat naik semua dokumen)
Read Also :  Top Tier Business Liability Insurance Providers

PENDAFTARAN SECARA MANUAL

Untuk pendaftaran manual, mendaftar di mana-mana 13 kaunter tiket stesen KTM Komuter terpilih (fasa permulaan) seperti berikut:

Pengguna KTM Komuter sektor Lembah Klang

  1. Sentul, Batu Caves, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Seremban, KL Sentral, Kepong, Sungai Buloh, Rawang dan Tanjung Malim
  2. Pendaftaran di lain-lain stesen akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui saluran rasmi KTMB

Pengguna KTM Komuter sektor Utara & Shuttle Timuran

Bagi pengguna baharu:

  • Mendaftar di mana-mana kaunter tiket KTM Komuter / Shuttle Timuran

Bagi pengguna sedia ada:

  • Mendaftar MyRail5 mengikut saluran permohonan awal konsesi (KITS)

MyRail5 KTMB

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

PENGGUNA BAHARU: (KTM Komuter sektor Lembah Klang / Utara dan Shuttle Timuran)

  • Kad pengenalan;
  • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6) atau;
  • Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)

PENGGUNA SEDIA ADA: (KTM Komuter sektor Lembah Klang)

  • Kad Pengenalan; dan
  • Kad Konsesi Komuter Link sedia ada

PENGGUNA SEDIA ADA: (KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran)

  • No.PNR (KITS)
  • Kad Pengenalan
  • Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)

Maklumat Lanjut MyRail5 KTMB

Sebarang maklumat lanjut anda boleh rujuk di SOALAN LAZIM (FAQ): MyRAIL5 KTM

ATAU rujuk di media sosial KTM:

  • Facebook KTM Berhad
  • Twitter @ktm_berhad
  • Instagram ktmbofficial
  • Hubungi Pusat Panggilan KTMB: 03-2267 1200 (7.00 pagi – 11.00 malam)

Kesimpulan MyRail5 KTMB

Kemudahan MyRail5 KTMB ini sudah semestinya dapat meringankan beban dan memudahkan perjalanan golongan yang sasaran iaitu golongan OKU dan pelajar sekolah rendah serta sekolah menengah.

Rebut peluang ini dan kongsikan makluman ini kepada ahli keluarga anda yang berkenaan.

TERIMA KASIH

Read Also :  TERKINI: Rayuan BPN Kali Kedua Sehingga 30 Mei 2020
Ai in everyday life : exploring the applications of artificial intelligence.