Permohonan Baru BPN 2.0
Sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat untuk membuat permohonan baru BPN 2.0, permohonan secara online dan manual masih lagi dibuka sehingga 15 November 2020.
Artikel kami di Thesumber hari ini Permohonan Baru BPN 2.0 Sehingga 15 November 2020 membawakan anda panduan mudah untuk rujukan mereka yang berminat.
Jom baca!
Isi Kandungan
PERMOHONAN BARU BPN 2.0
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau online di https://bpn.hasil.gov.my/ atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDNM yang berdekatan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan orang ramai yang bukan penerima BPN sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan supaya memohon segera, selewat-lewatnya sehingga 15 November ini.
Anda juga boleh terus layari laman web rasmi BPN Hasil seperti link di atas untuk mengetahui syarat-syarat permohonan & Soalan Lazim (FAQ) mengenai BPN 2.0 ini.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPN 2.0
Semakan status permohonan baru anda boleh dibuat di laman web rasmi BPN bermula 15 Oktober 2020.
Untuk membuat semakan anda perlu log masuk ke sistem tersebut.
Sekiranya terlupa kata laluan, perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan.
Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.
Untuk makluman anda, pembayaran BPN 2.0 ini akan dilakukan secara ansuran bermula pada hujung bulan Oktober dan juga pada bulan Januari tahun hadapan.
Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:
Kaedah pembayaran seperti BPN sebelum ini iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan.
Sekiranya anda tiada akaun bank atau bank tidak aktif (gagal kredit) anda boleh terus membuat tuntutan tunai dimana-mana cawangan BSN yang berhampiran.
Dan bagi penerima kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, pembayaran akan dibuat secara tunai bermula Januari 2021.
Tuntutan tunai ini hanya boleh dibuat setelah nombor siri wujud pada paparan semakan BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my/
Maklumat Lanjut Permohonan Baru BPN 2.0
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.
Kesimpulan Permohonan Baru BPN 2.0
Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19.
Sama-sama kita jaga kita.
TERIMA KASIH