Borang Permit Rentas Negeri PKPB Online

Borang Permit Rentas Negeri PKPB Online

Borang Permit Rentas Negeri PKPB

Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam 14 Oktober 2020 (hari ini) sehingga 27 Oktober 2020.

Thesumber hari ini dengan artikel Borang Permit Rentas Negeri PKPB Online kami sediakan khas buat rujukan anda.

Jom baca!

Borang Permit Rentas Negeri PKPB Online

Tindakan PKPB ke atas tiga negeri ini iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor adalah kerana susulan berlakunya peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini di ketiga-tiga negeri terbabit yang memaksa PKPB dilaksanakan semula.

Langkah pelaksanaan PKPB di megeri-negeri yang terlibat ini adalah merupakan cara untuk kerajaan memastikan rantaian wabak Covid-19 ini boleh diputuskan sekaligus memulihkan negara daripada terus diancami pandemik yang melanda dunia ini.

CARA PERMOHONAN RENTAS NEGERI ONLINE

Bagi mereka yang ingin mendapatkan borang permohonan rentas negeri ini berikut adalah langkah-langkah mudah untuk anda ikuti:

  1. Muat turun Borang Permit Pergerakan Rentas Negeri PKPB
  2. Isi butir-butir pemohon dengan lengkap dan betul
  3. Nyatakan sebab-sebab permohonan pergerakan dengan lengkap
  4. Turunkan tandatangan pemohon dan tarikh
  5. Bawa borang tersebut ke balai polis berhampiran untuk mendapat kelulusan
  6. Sekiranya mendapat kelulusan, borang tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya

Borang Permit Rentas Negeri PKPB

NOTA:

  • Anda juga boleh mendapatkan borang ini di balai-balai Polis berdekatan sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.
  • Perlu diingatkan bahawa hanya 2 orang sahaja dibenarkan dalam setiap pergerakan.
  • Pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.
Read Also :  Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM5000 One-Off

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

PKPB atau Conditional Movement Control Order (CMCO) adalah kawalan pergerakan yang berfokuskan berkaitan dengan majlis sosial.

Ini bermakna, sebarang majlis sosial tidak dibenarkan untuk diadakan seperti:

  1. Kenduri
  2. Majlis perkahwinan
  3. Konsert
  4. Majlis perasmian dan perhimpunan
  5. Perhimpunan bulanan jabatan swasta

Selain itu, semua semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya juga adalah tidak dibenarkan. Ini termasuklah:

  1. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub
  2. Pusat rekreasi
  3. Taman tema
  4. Indoor playground
  5. Panggung wayang

Namun kelonggaran untuk perniagaan terus beroperasi diberikan bagi memastikan sektor ekonomi tidak terlalu terjejas. Antara jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah:

  1.  Restoran
  2. Kedai/gerai makan
  3. Kenderaan bersaji (food truck),
  4. Penjaja tepi jalan
  5. Penjaja beredar
  6. Medan selera/pusat penjaja,
  7. Gerai makan tepi jalan/kiosk
  8. Kedai runcit
  9. Kedai serbaneka
  10. Kilang industry

KATEGORI PENGECUALIAN PERGERAKAN RENTAS NEGERI

Terdapat beberapa kelonggaran diberikan kepada kategori-kategori di bawah:

  1. Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan seperti sakit dan kematian sahaja.
  2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan.
  3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan.
  4. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Kesimpulan Borang Permit Rentas Negeri PKPB

Pastikan anda mengikuti prosedur yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan anda untuk menguruskan hal bekerja dan sebagainya di luar kawasan PKPB.

Berhati-hati di jalan raya dan amalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Read Also :  Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 Secara Online

TERIMA KASIH

7 reasons to add podcasting to your business marketing mix. 2 : 연차 수당 계산 방법.