Semak & Bayar Saman Online Diskaun 70% Sepanjang Bulan Ogos

Bayar Saman JPJ Online Diskaun 70% Bermula 18 Ogos-16 Sept

Bayar Saman JPJ Online.

Semak saman JPJ anda secara online dan buat pembayaran saman dengan diskaun sebanyak 70% bermula 18 Ogos sempena bulan kemerdekaan.

Diskaun ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai saman tertunggak untuk melangsaikan hutang saman mereka dengan mudah.

Saman apa yang dapat 70% diskaun ni?

Anda mahukan informasi lebih lanjut boleh terus rujuk artikel Bayar Saman JPJ Online Diskaun 70% Bermula 18 Ogos-16 Sept.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Bayar Saman JPJ Online Diskaun 70% Bermula 18 Ogos-16 Sept

 

Diskaun saman ini bersempena bulan Kemerdekaan Negara untuk semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Jadi bagi anda yang masih mempunyai saman tertunggak, anda boleh menikmati diskaun 70% saman JPJ / AES / SPAD bermula 18 Ogos ini.

Hebat bukan?

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang disebut dibawah:

  1. Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  2. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  3. Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
BACA JUGA :  Cara Kemaskini GKP 1.0 & GKP 2.0: Status GAGAL KREDIT

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.Bayar Saman JPJ Online

Semak & Bayar Saman Online Diskaun 70%

Kami turut sertakan cara semakan dan pembayaran saman JPJ/AES/SPAD dibawah:

SEMAKAN SAMAN ONLINE

1 – PERKHIDMATAN MYEG

MyEG menawarkan servis untuk menyemak saman trafik PDRM, JPJ, AES dengan mudah. Anda juga boleh menggunakan servis MyEG untuk menghantar notifikasi pada alamat email anda sekiranya anda mempunyai saman baru.

Tak payah nak pergi check lagi, notifikasi pemberitahuan automatik akan dihantar kepada anda. Mudah dan cepat.

MyEG juga menawarkan perkhidmatan memperbaharui insurans kenderaan dan pembayaran zakat.

Cara menyemak saman menggunakan servis MyEG:

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Kemudian login menggunakan butiran yang telah anda daftarkan sebelum ini (untuk pendaftaran buat kali pertama anda perlu klik butang ‘CREATE ACCOUNT’ untuk menggunakan servis di MyEG)
  3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih anda ingin semak saman PDRM, JPJ, atau AES
  4. Kemudian anda akan dibawa ke paparan saman yang ingin disemak
  5. Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online

Bayar Saman JPJ Online

2 – PORTAL RASMI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

Anda tidak perlu mendaftar untuk menyemak saman di laman portal rasmi JPJ, isikan no kad pengenalan dan no kenderaan sahaja.

Cara menyemak saman di portal rasmi JPJ:

  1. Di bahagian ‘Senarai Perkhidmatan’ klik pada pautan ‘Semakan Saman JPJ dan AES’
  2. Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
  3. Klik butang ‘Semak’
  4. Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES
BACA JUGA :  Bantuan Pakej Pelan Data & Peranti Percuma Pelajar IPT B40

Bayar Saman JPJ Online 1

Nota penting untuk saman JPJ dan AES:

JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

3 – PERKHIDMATAN SISTEM ‘RILEK’

Cara menyemak saman menggunakan servis ‘RILEK’:

  1. Layari laman sesawang RILEK – https://www.rilek.com.my/
  2. Anda perlu membuat pendaftaran baru untuk pertama kali dan login menggunakan nama serta kata laluan
  3. Klik pada menu dropdown ‘Search By’ dan pilih kaedah semakan
  4. Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan dan tekab butang ‘Next’
  5. Pembayaran saman boleh dibuat tapi hanya untuk perbankan internet Maybank, RHB dan CIMB

Bayar Saman JPJ Online 3

4 – SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM

Cara semak saman menggunakan sistem SSO:

  1. Pergi ke laman rasmi SSO
  2. Sila buat pendaftaran untuk pengguna baru atau log masuk untuk pengguna sedia ada
  3. Setelah log masuk, klik pada ikon ‘Status Saman’
  4. Semakan saman boleh dibuat dengan menggunakan no kad pengenalan atau no kenderaan

SEMAKAN SAMAN SMS

CARA SEMAK SAMAN POLIS

Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%.

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN ABC1234

ATAU

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN 654321870912

CARA SEMAK SAMAN JPJ

Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%.

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman 654321870912

ATAU

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman DEF5678

CARA BAYAR SAMAN TRAFIK SECARA ONLINE (DISKAUN 70%)

Saman JPJ boleh dibayar di tempat berikut:

  1. Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  2. Melalui perkhidmatan e-Services.
BACA JUGA :  Semakan Status GKP 2.0: Pembayaran Mulai November 2020

Berikut kami sertakan cara pembayaran saman yang mudah:

  1. Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:
  2. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  3. Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
  4. Bayaran boleh dibuat secara tunai.
  5. Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
  6. Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan e-services.

Anda boleh membayar saman anda secara online melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

Kesimpulan Bayar Saman JPJ Online Diskaun 70%

Ini merupakan inisiatif yang diusahakan kerajaan untuk menggalakkan pengguna membayar saman-saman mereka yang tertunggak.

Apa anda tuuggu lagi? Rebut peluang diskaun 70% ini!

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pengguna!

TERIMA KASIH