Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Online

Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Online

Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar.

Apa itu Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)?

Yang pastinya di dunia serba canggih teknologi ini komputer, telefon pintar, tab dan sebagainya amat penting untuk pelajar di setiap peringkat pendidikan.

Anda inginkan maklumat yang lebih lanjut?

Thesumber dengan artikel Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Online untuk rujukan pembaca yang berminat.

Mari teruskan bersama kami.

Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)

Untuk makluman anda, Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Skim Pinjaman Komputer IPMA (SKIP) ini adalah bagi membiayai pembelian komputer oleh pelajar IPMA dengan menggunakan konsep pembiayaan Islam al-Murabahah.

NOTA:

Pinjaman ini terhad untuk pembelian komputer riba sahaja.

SENARAI IPMA YANG TERLIBAT DALAM SKIP

Institusi Pendidikan MARA yang terlibat dalam SKIP adalah seperti berikut:

  • Kolej MARA
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Universiti PolyTech MARA (KUPTM)
  • Kolej PolyTech MARA (KPTM)
  • German Malaysian Institute (GMI)

Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar

Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Online

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pelajar yang mengikuti pengajian di IPMA sepenuh masa di peringkat pengajian berikut:

  • Persediaan / Pra Universiti
  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)

Had umur bagi pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Persediaan / Pra Universiti: Tidak melebihi 20 tahun
  • Sijil / Diploma: Tidak melebihi 35 tahun
  • Ijazah Sarjana Mudah: Tidak melebihi 45 tahun
  1. Pelajar baru atau pelajar sedia ada (aktif) yang layak harus mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.
  2. Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.
  3. Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/pihak lain.
BACA JUGA :  Pengaktifan i-Akaun KWSP Online 2020

CARA MOHON SKIM PINJAMAN KOMPUTER ONLINE

Sekiranya anda memenuhi kesemua syarat kelayakan di atas anda boleh membuat permohonan dengan cara berikut:

  1. Anda perlu mengisi BORANG PERMOHONAN SKIM PINJAMAN KOMPUTER (SKIP) ini dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

JUMLAH PINJAMAN YANG DIBERIKAN

Jumlah bantuan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (IPMA) yang diberikan adalah sebanyak maksimum RM3000 sahaja.

Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah maksimum pinjaman yang diberikan.

Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.

Kesimpulan Cara Mohon Skim Pinjaman Komputer

Kongsikan manfaat artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang memerlukan bantuan SKIP ini.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang menganggu kestabilan negara.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com