Temujanji Pejabat Pos Online 2021: Renew Lesen & Roadtax

Temujanji Pejabat Pos Online.

Makluman buat pengguna yang ingin renew lesen kereta dan roadtax mereka yang telah tamat, anda kini boleh hadir ke cawangan Pejabat Pos yang berdekatan untuk selesaikan urusan anda.

Namun begitu, pihak Pos Malaysia memaklumkan bahawa pengguna perlu membuat temujanji secara online terlebih dahulu sebelum ingin hadir ke Pejabat Pos.

Bagaimana?

Thesumber bawakan anda artikel Temujanji Pejabat Pos Online 2021: Renew Lesen & Roadtax sebagai panduan mudah untuk mereka yang berminat.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Temujanji Pejabat Pos Online 2021: Renew Lesen & Roadtax

Tujuan tempahan temujanji online ini adalah untuk mengelakkan situasi sesak di cawangan Pejabat Pos dengan kehadiran pelanggan yang ingin renew lesen/roadtax mereka.

Situasi sesak merupakan risiko yang boleh meningkatkan kadar jangkitan pandemik Covid-19 di negara.

Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia berkenaan temujanji online:

Temujanji Pejabat Pos Online

Pelanggan juga diminta untuk mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu dilakukan, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal 1 meter apabila mengunjungi premis POS Malaysia.

Orang ramai diingatkan agar mengelakkan daripada mengunjungi Pejabat Pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala COVID19.

CARA BUAT TEMUJANJI PEJABAT POS ONLINE

Berikut kami sertakan cara-cara untuk anda buat tempahan temujanji pejabat secara online dan menggunakan aplikasi PosMalaysia:

NOTA:

Pelanggan hanya boleh mula membuat temujanji mulai 8 Ogos 2021

TEMUJANJI POS SECARA ONLINE

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI POS MALAYSIA
  2. Klik pada ‘Outlet Finder’
  3. Klik ‘Temujanji Online’ dan isi butiran temujani dengan lengkap
  4. Simpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) sebagai bukti ketika hadir di Pejabat Pos
BACA JUGA :  Usahawan Mikro Terima Faedah RM1,500 Kempen eDagang Shopee [PENJANA]

TEMUJANI POS MELALUI APLIKASI

  1. Pengguna perlu muat turun aplikasi Pos Malaysia terlebih dahulu
  2. Daftar pengguna baharu
  3. Log masuk dan buat tempahan temujanji di Pejabat Pos yang terdekat dengan anda

Untuk makluman, setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu (1) slot temujanji sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga (3) urusniaga dalm setiap temujanji.

Maklumat Lanjut Temujanji Pejabat Pos Online

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan dan jangan lupa jaga SOP.

TERIMA KASIH