Sistem Janji Temu Online Klinik KKM.
Sistem Janji Temu Online untuk Klinik Kesihatan KKM kini disediakan untuk memudahkan urusan pengguna yang ingin menggunakan khidmat klinik ini.
Bagaimana caranya untuk anda membuat tempahan klinik online ini?
Teruskan membaca artikel Thesumber hari ini Sistem Janji Temu Online Klinik KKM: Cara Buat Appoinment sebagai rujukan buat mereka yang berminat.
Jom teruskan bersama kami!
Isi Kandungan
Apa Itu Sistem Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM?
Untuk makluman anda, sistem ini merupakan sebuah inisiatif yang disediakan oleh KKM kepada rakyat Malaysia yang ingin menggunakan perkhidmatan rawatan kesihatan klinik-klinik di seluruh Malaysia.
Tujuan sistem ini disediakan adalah untuk:
- Mengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran
- Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama
- Memberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian
- Memberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan
SENARAI KLINIK YANG TERLIBAT
Senarai klinik yang terlibat dengan sistem janji temu online ini adalah seperti berikut:
- Klinik Kesihatan Sg Besar, Selangor – 22 Februari 2021
- Klinik Kesihatan Kuang, Selangor – 22 Februari 2021
- Klinik Kesihatan Batu 13, Puchong Selangor – 22 Februari 2021
- Klinik Kesihatan Peringgit, Melaka – 22 Februari 2021
- Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Melaka – 22 Februari 2021
Sistem Janji Temu Online Klinik KKM: Cara Buat Appoinment
Berikut kami kongsikan cara untuk anda membuat tempahan klinik KKM ini secara online:
CARA DAFTAR PENGGUNA BAHARU DI PORTAL MyGOVERNMENT
Bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan MyGovernment, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu seperti di bawah:
- Anda perlu melayari Portal MyGovernment
- Pergi pada menu ‘Perkhidmatan Digital Baharu’
- Klik pada ‘Sistem Janji Temu Klinik’
- Klik ‘Daftar’
- Lengkapkan borang pendaftaran dengan mengisi semua maklumat yang diminta.
- Klik ‘Hantar’
- Selepas selesai membuat anda boleh login menggunakan id pengguna dan kata laluan yang diberikan.
CARA BUAT TEMPAHAN KLINK KESIHATAN KKM ONLINE
Selesai membuat pendaftaran, anda boleh membuat temu janji online dengan cara yang berikut:
- Anda perlu melayari Portal MyGovernment
- Pergi pada menu ‘Perkhidmatan Digital Baharu’
- Klik paada ‘Sistem Janji Temu Klinik’
- Pilih tarikh janji temu anda selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih
- Peringatan (reminder) akan dihantar melalui e-mel anda
- Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 30 minit awal sebelum waktu janji temu yang ditentukan
Maklumat Lanjut Sistem Janji Temu Online Klinik KKM
Sebarang kekeliruan atau pertanyaan mengenai sistem janji temu online klinik KKM ini anda boleh terus rujuk laman web MyGoverment.
Kemudahan yang disediakan ini pastinya dapat memudahkan lagi urusan rakyat untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik KKM ini.
Kongsikan manfaat ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Pastikan anda sentiasa menjaga SOP yang disarankan oleh kerajaan untuk kita sama-sama melandaikan graf peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.
TERIMA KASIH