Semakan Senarai Bantuan BKSS Sarawak 6.0 & Tarikh Pembayaran

Semakan Senarai Bantuan BKSS.

Apa itu BKSS atau Bantuan Khas Sarawakku Sayang?

Untuk makluman anda, pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang atau BKSS 6.0 bernilai RM1.4 bilion ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Jumaat, 28 Mei 2021.

Isi kandungan pakej padat dengan insentif untuk membantu rakyat negeri Sarawak khususnya untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk mendapatkan makluman yang lebih lanjut kami di Thesumber membawakan anda ringkasan senarai bantuan yang disediakan di dalam pakej BKSS 6.0 menerusi artikel Semakan Senarai Bantuan BKSS Sarawak 6.0 & Tarikh Pembayaran.

Jom baca!

Semakan Senarai Bantuan BKSS Sarawak 6.0 & Tarikh Pembayaran

BANTUAN TUNAI BKSS 6.0

  • Ketua Isi Rumah (KIR) B40 akan menerima pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021
  • Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off).
  • Senarai penerima bantuan berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
BACA JUGA :  Permohonan & Semakan Status Bantuan Zakat Terengganu 2020

NOTA:

Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

BANTUAN UNTUK BARISAN HADAPAN

Bayaran Elaun Bulanan Khas selama 6 bulan bantuan sebanyak RM300 sebulan di seluruh Sarawak.

Elaun Bulanan Khas Anggota Kesihatan yang terdiri daripada:

  1. Doktor perubatan
  2. Jururawat
  3. Kakitangan perubatan di hospital/klinik & pusat kuarantin

Elaun-elaun untuk petugas barisan hadapan yang lain adalah seperti berikut:

  • Elaun Bulanan Khas Imigresen RM250
  • Elaun Bulanan Khas PDRM & Bilik Gerakan Negeri RM200
  • Elaun Bulanan Khas ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota RELA RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM RM200
  • Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi) RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM) RM200

Bayaran RM1500 Kepada Pengamal Media:

  • Pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.

GERAN KHAS RM1,500 UNTUK PENJAJA & PENIAGA KECIL

  • Geran khas berjumlah RM1,500 akan diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 Disember nanti melalui Sarawak Pay.

BANTUAN  TUNAI KEPADA PEMILIK & PENGENDALI PENAMBANG

  • Bantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di negeri Sarawak.

BANTUAN KEWANGAN TUNAI PENGENDALI VAN, TEKSI DAN BAS

  • Bantuan kewangan secara sekali bayar sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah berdaftar di negeri ini.
BACA JUGA :  Semakan Penyata Gaji Online Dengan Mudah

BANTUAN TUNAI PEMANDU PERKHIDMATAN e-PANGGILAN & PENGAJAR SEKOLAH MEMANDU

  • Bantuan kewangan sebanyak RM500 secara sekali bayar pula akan diberikan kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan dan pengajar sekolah memandu yang pembayarannya dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

BANTUAN KEWANGAN UNTUK AGENSI PELANCONGAN & OPERATOR HOMESTAY

  • Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan kewangan secara sekali bayar iaitu RM3,000 untuk 216 agensi pelancongan berlesen, RM600 untuk 568 Operator Homestay berlesen.

Bantuan Kewangan BKSS 6.0 Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen

  • RM1,500 untuk Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara dan RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong berlesen yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.63 juta.

Semakan Senarai Bantuan BKSS

DISKAUN BIL AIR BKSS 6.0

  • Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak

DISKAUN BIL ELEKTRIK BSKSS 6.0

  • Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

PENGECUALIAN SEWA UNTUK PKS

  • Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Julai hingga Disember 2021.

DISKAUN 50% SEWA SKIM PERUMAHAN HDC

  • Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.
  • Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.
BACA JUGA :  Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Service Online/SMS

DISKAUN SEWA PASAR & GERAI PBT

  • Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

DISKAUN 15% CUKAI PINTU

  • Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.

LAIN-LAIN SEMAKAN & TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN BKSS

Sepanjang tempoh pelaksanaan BKSS 6.0, terdapat 11 langkah dalam pakej BKSS 5.0 yang masih dalam pelaksanaan, akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak iaitu:

  1. Diskaun 30% Cukai Tanah;
  2. Penangguhan Pembayaran Premium Tanah;
  3. Pengecualian Bayaran Permit Dan Lesen Perniagaan;
  4. Pengecualian Pembayaran Lesen Hotel Dan Rumah Tumpangan;
  5. Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal & Vokasional (USTEV);
  6. Skim Kredit Mikro Sarawak untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS);
  7. Subsidi Faedah Bagi Targeted Relief And Recovery Facility (TRRF);
  8. (Pemansuhan Kadar Faedah 2% kepada 0% selama 3 tahun setengah di bawah Skim Kredit Mikro;
  9. Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS);
  10. Program Go Digital Sarawak; dan
  11. Latihan Pemasaran Digital.

Maklumat Lanjut Semakan Senarai Bantuan BKSS

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus layari portal rasmi: UKAS SARAWAK GOV

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH