Semakan GKP PEMERKASA PLUS & Tarikh Bayaran Mulai 8 Jun

Semakan GKP PEMERKASA PLUS.

Susulan pengumuman pelaksanaan PKP 3.0 dan lockdown kerana kes Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan sekali lagi mengumumkan pakej bantuan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Menerusi PEMERKASA Plus Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0

Bagaimana nak semak status kelayakan GKP 3.0?

Bila tarikh bayaran bantuan GKP 3.0?

Thesumber ada jawapannya di dalam artikel Semakan GKP PEMERKASA PLUS & Tarikh Bayaran Mulai 8 Jun. Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Semakan GKP PEMERKASA PLUS & Tarikh Bayaran Mulai 8 Jun

Matlamat utama GKP 3.0 ini diberikan adalah untuk memberi sokongan untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS mikro tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN GKP 3.0

  1. Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0
  2. Pemohon yang lulus permohonan baharu GKP 3.0
  3. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
  4. Pemohon masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
  5. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    – Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    – Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.
BACA JUGA :  Kemaskini Nombor Telefon BSN Di Cawangan BSN 2021

Pemohon juga perlu berdaftar dengan agensi-agensi berikut:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

CARA SEMAK GKP 3.0 PEMERKASA PLUS ONLINE

Mereka yang ingin membuat semakan status kelayakan penerimaan bantuan GKP ini boleh terus ikuti cara-cara yang kami sediakan di bawah::

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI GKP 3.0
  2. Masukkan no kad pengenalan anda.
  3. Isi captcha dan klik ‘Semak’
  4. Status kelayakan anda akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN GKP PEMERKASA PLUS

Untuk makluman mereka yang layak, tarikh bayaran bagi GKP 3.0 PEMERKASA adalah pada bulan Jun 2021.

 

Semakan GKP PEMERKASA PLUS & Tarikh Bayaran Mulai 8 Jun

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN GKP

Mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan di atas boleh teruskan permohonan seperti di bawah:

  1. Permohonan baru akan dibuka bermula 1-31 Oktober 2020.
  2. Permohonan boleh dibuat di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my
  3. Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.

BORANG PERMOHONAN GKP ONLINE

Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja menerusi pautan yang disediakan LHDNM seperti yang telah kami sediakan di bawah:

Borang Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)

Ingin kami maklumkan disini, borang permohonan ini diaktifkan pada 1 Mei 2020, jam 900 pagi dan permohonan secara manual tidak akan diterima.

MAKLUMAT TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

  • TARIKH DIBUKA : 1 OKTOBER 2020
  • TARIKH DITUTUP: 31 OKTOBER 2020

KADAR BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) YANG DIBERIKAN

  • Geran Khas Prihatin Adalah RM 3,000 sahaja Secara One Off

KOD ALASAN TIDAK LULUS & DOKUMEN SOKONGAN RAYUAN

Berikut kami sertakan kod alasan tidak lulus dan dokumen yang anda perlukan:

KOD ALASAN ALASAN TIDAK LULUS DOKUMEN
01 Pekerja melebihi 4 orang
  • Borang Pendaftaran Majikan PERKESO /
  • Borang Pendaftaran Pekerja PERKESO /
  • Borang 8A PERKESO /
  • Borang Permohonan Pendaftaran Majikan KWSP /
  • Borang A KWSP /
  • Dokumen sokongan yang berkaitan
03 Tiada pendapatan / perniagaan tidak aktif Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019
05 Jualan melebihi RM300,000 Penyata kewangan tahun berakhir 2018 / 2019
04 VIP / Individu Berprofil Tinggi
  • Pengakuan pemohon
  • Dokumen sokongan berkaitan
07 Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT Sijil pendaftaran perniagaan
BACA JUGA :  Permohonan & Semakan Status Bantuan Zakat Terengganu 2020

Maklumat Lanjut Semakan GKP PEMERKASA PLUS

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:

Kesimpulan

Semoga artikel mengenai geran khas prihatin (GKP) ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sebar-sebarkan artikel kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

TERIMA KASIH