Tarikh Bayaran i-Citra KWSP September 2021 – Thesumber.com Permohonan Dan Semakan

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP September 2021

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP.

Inisiatif iCitra diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat dengan bantuan kewangan tambahan kepada pencarum KWSP yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Makluman khas kepada semua pencarum KWSP yang memohon pengeluaran i-Citra KWSP mereka, bayaran ansuran pertama akan bermula pada September ini.

Bayaran secara ansuran? Macam mana tu?

Jom baca artikel Thesumber hari ini Tarikh Bayaran i-Citra KWSP September 2021 untuk membantu anda membuat perancangan kewangan yang lebih lengkap dan lancar.

Kami kongsikan informasi yang anda perlukan disini.

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP September 2021

Berikut kami kongsikan informasi mengenai semakan tarikh bayaran i-Citra KWSP sebagai panduan anda:

CARA SEMAK TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP SEPTEMBER ONLINE

Anda boleh membuat semakan tarikh bayaran i-Citra ini melalui 2 cara iaitu:

  1. Semakan melalui i-Akaun KWSP
  2. Semakan melalui talian Hotline i-Citra: 03-8922 4848
  3. Semakan melalui Laman Web Rasmi i-Citra

SEMAKAN MELALUI LAMAN WEB i-CITRA KWSP

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI i-CITRA KWSP
  2. Kemudian klik pada bahagian ‘Semak Status’ dan isikan butiran yang diminta dengan lengkap
  3. Status kelulusan dan maklumat pembayaran anda akan dipaparkan

TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP BERMULA 1 SEPTEMBER

Untuk makluman, pengguna boleh buat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian Monthly Recurring Start Payment Date di i-Akaun KWSP.

  • Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 1 September, bayaran kedua pun sekitar 1 Oktober, dan seterusnya jika tarikh tersebut jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • Maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • Sebelum akhir bulan berkenaan
BACA JUGA :  Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2021 Secara Online

JUMLAH YANG BOLEH DIKELUARKAN iCITRA KWSP

Jumlah maksimum pengeluaran iCitra KWSP adalah sebanyak RM5000 dan akan dibayar dengan kaedah ansuran bulanan selama 5 bulan tertakluk kepada jumlah baki simpanan pencarum

Dalam erti kata lain, pengeluaran maksimum sebulan adalah sebanyak RM1000.

Pengeluaran minimum pula adalah RM50 dan pencarum perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Jumlah kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP September 2021

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN iCITRA KWSP

Syarat-syarat yang ditetapkan untuk kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN iCITRA KWSP

Mereka yang berkelayakan dan memenuhi semua syarat di atas boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI iCITRA KWSP
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda yang masih aktif.
  3. Klik ‘Teruskan’ dan akan menerima nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon anda.
  4. Masukkan nombor OTP tersebut dan klik ‘Sahkan OTP’
  5. Pilih ‘Amaun Pilihan’ anda dan amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000 bergantung kepada baki akaun.
  6. Tentukan amaun pengeluaran anda dengan menggerakkan slide pilihan ke kiri atau ke kanan.
  7. Paparan jadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan.
  8. Klik ‘Teruskan’ dan lengkapkan maklumat permohonan di bawah:
    • Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    • No MyKad
    • No telefon bimbit
    • Alamat email
    • Alamat rumah
    • Poskod
    • Bandar
    • Negeri
  9. Lengkapkan maklumat pembayaran.
  10. Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra dan masukkan nombor akaun bank (simpanan/semasa).
  11. Klik ‘Teruskan’
  12. Teruskan dengan menyemak ‘Maklumat Permohonan & Pembayaran’
  13. Tandakan tick pada ‘Perakuan Terma & Syarat’ untuk persetujuan.
  14. Tandakan pada ‘Saya Bukan Robot’ bagi meneruskan permohonan.
  15. Paparan yang tertulis ‘Terima Kasih’ menunjukkan permohonan telah diterima.
  16. Klik ‘Cetak & Simpan’ untuk cetak dan simpan rekod permohonan i-Citra.
BACA JUGA :  Permohonan Latihan GIATMARA 2020 Online

Maklumat Lanjut Tarikh Bayaran i-Citra KWSP September 2021

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus hubungi pihak KWSP di talian berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan

TERIMA KASIH

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com