Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2020 Online

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2020 Online

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2020 Online?

Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ini ditubuhkan bertujuan untuk menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam.

Apa proses permohonan yang perlu kami lalui?

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2020 Online merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan untuk membuat permohonan di Institut Kemahiran Baitulmal ini.

Jom baca!

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2020 Online

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2020 Online

Berikut adalah syarat-syarat permohonan, tatacara permohonan, senarai kursus yang ditawarkan dan beberapa maklumat penting untuk anda mengenai permohonan ini:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk permohonan ini:

  1. Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis)
  2. Terbuka kepada lelaki dan wanita
  3. Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP
  4. Sihat tubuh badan & Berminat
  5. Warganegara Malaysia dan beragama Islam

CARA-CARA PERMOHONAN ONLINE

Permohonan terbuka kepada semua warga Malaysia yang berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Permohonan IKB hanya boleh dibuat secara online dan berikut adalah pautan untuk anda mengisi borang permohonan secara online:

BORANG PERMOHONAN ONLINE IKB MAIWP

PANDUAN/ARAHAN PENGISIAN BORANG SECARA ONLINE

  1. Sila pastikan anda mengisi nombor kad pengenalan diisi dengan betul dan tepat
  2. Data yang diisi hendaklah betul dan tepat
  3. Ruangan yang bertanda ** adalah wajib diisi
  4. Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses
  5. Pemohon diminta untuk memasukkan email yang sah dan masih digunapakai kerana sebarang maklum balas adalah melalui email
  6. Sila cetak borang permohonan setelah selesai mengisi borang permohonan
  7. Bagi pemohon yang berjaya ke sesi temu duga, sila sediakan dokumen yang berkaitan
  8. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini maklumat permohonan sekiranya ada kesilapan
BACA JUGA :  Bantuan Pengusaha Taska RM3000: Permohonan & Syarat Online

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN DAN TEMPOH KURSUS

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di IKB:

  • Kursus Kejuruteraan Elektrik
  • Kursus Penyediaan Dan Penyajian Makanan
  • Rekaan Fesyen Pakaian Lelaki
  • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Wanita
  • Seni Lukis Dan Seni Reka
  • Kursus Teknologi Binaan Bangunan

TEMPOH MASA KURSUS DIJALANKAN

Tempoh kursus dijalankan adalah selama 2 tahun.

  1. Mengguna pakai sistem semester (4 semester).
  2. Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
  3. Cuti : Ahad, Sabtu dan cuti umum

Maklumat Lanjut Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2020 Online

Untuk maklumat lanjut berkiatan permohonan, sila hubungi pihak institut di ikbmaiwp91@gmail.com atau ditalian 03-92830385. 

Anda juga boleh berurusan dengan mereka melalui alamat berikut:

Bangunan IKB Institut Kemahiran Baitulmal
Lot 1363, Jalan Perkasa Off Jalan Kampung Pandan Taman Maluri
55100 KUALA LUMPUR

Kesimpulan

Semoga perkongsian kami kali ini dapat banyak member manfaat dan mengurangkan beban mereka yang benar-benar berminat dan layak untuk membuat permohonan mengikuti latihan di Institut Kemahiran Baitulmal. Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

TERIMA KASIH

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com