Permohonan Bantuan Makanan Covid19 Keluarga Kuarantin Labuan

Permohonan Bantuan Makanan Covid19 Keluarga Kuarantin Labuan

Permohonan Bantuan Makanan Covid19.

Golongan B40 khususnya keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Wilayah Persekutuan Labuan boleh memohon bantuan makanan asas bagi meringankan beban mereka dan memastikan keluarga yang terlibat dapat menjalani kuarantin dengan keadaan baik dan stabil.

Anda mengenali keluarga yang terlibat dengan proses kuarantin ini atau anda sendiri merupakan mereka yang terkesan?

Buat permohonan sekarang dengan merujuk artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan Makanan Covid19 Keluarga Kuarantin Labuan.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca.

Permohonan Bantuan Makanan Covid19 Keluarga Kuarantin Labuan

Ekoran kes Covid-19 yang semakin meningkat Malaysia, peratusan rakyat terpaksa melalui proses kuarantin semakin meningkat bagi membendung penularan wabak itu menjadi lebih serius.

Bantuan Asas Makanan ini dikendalikan di bawah Perbadanan Labuan yang ditubuhkan pada 1 Julai 2001 sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan Labuan.

Diharapkan melalui bantuan ini, dapat membantu meringankan beban mereka yang dikuarantin terutama sekali dari aspek makanan asas.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Keluarga terdiri daripada golongan B40
  3. Keluarga yang terjejas akibat kuarantin perlu melampirkan borang Annex 14 (bukti dikuarantin)
  4. Permohonan mestilah dibuat daripada Keluarga Isi Rumah (KIR)

CARA PERMOHONAN BANTUAN MAKANAN COVID19 ONLINE

Keluarga yang berkelayakan dan memenuhi semua syarat-syarat di atas boleh terus membuat permohonan dengan mengikuti cara-cara berikut:

  1. Pemohon membuat permohonan melalui panggilan ditalian: 087-408758
  2. Selepas panggilan anda disambungkan, maklumkan kepada urusetia mengenai permohonan Bantuan Asas Makanan Untuk Keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.
  3. Berikan maklumat yang diperlukan untuk permohonan kepada pihak urusetia yang bertugas.
  4. Pemohon yang layak akan menerima bantuan ini yang disalurkan terus ke rumah pemohon.
BACA JUGA :  Cara Daftar ASB Online Melalui Aplikasi myASNB 2021

NOTA:

  • Adalah diingatkan kepada pemohon bahawa panggilan hanya boleh dibuat mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang sahaja.

Permohonan Bantuan Makanan Covid19

Soalan Lazim Bantuan Makanan Covid19

Jika pemohon bukan daripada warganegara Malaysia, adalah pemohon boleh membuat permohonan Bantuan Kit Makanan ini?

  • Tidak. Hanya pemohon daripada warganaegara Malaysia sahaja boleh memohon bantuan ini.

Adakah bantuan ini diberikan hanya kepada B40 yang sedang dikuarantin?

  • Ya. Bantuan ini hanya diberikan kepada keluarga B40 yang sedang dikuarantin.

Apakah jenis bantuan yang disalurkan melalui Bantuan Kit Makanan ini?

  • Bantuan yang disalurkan melalui Bantuan Kit Makanan ini adalah bantuan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, dan lain-lain lagi.

Kesimpulan Permohonan Bantuan Makanan Covid19

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini anda boleh hubungi pihak yang berkenaan di saluran yang berikut:

Semoga perkongsian ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan dengan pelaksanaan PKP.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH