Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA Online RM100/Sehari

Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA.

Bantuan khusus khas buat rakyat Malaysia yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara).

Bantuan ini diwujudkan bagi meringankan beban mereka yang dijangkiti virus pandemik Covid-19 dan terpaksa melalui kuarantin menyebabkan mereka tidak dapat keluar mencari punca pendapatan.

Bagaimana?

Thesumber bawakan anda Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA Online RM100/Sehari sebagai panduan untuk mereka yang terlibat.

Jom baca!

Apa Itu Bantuan Khusus Covid-19 NADMA?

Untuk makluman anda, Bantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung COVID-19 adalah bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang:

  • Melalui Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ATAU
  • Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded)

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA Online RM100/Sehari

Berikut kami sediakan informasi syarat kelayakan, cara permohonan etc untuk rujukan anda:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk mendapatkan bantuan kuarantin NADMA ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Pemohon adalah warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.
BACA JUGA :  Semakan BKC FASA 2: Tarikh Bayaran (Miskin Tegar/B40/M40)

NOTA:

Bantuan ini dikhususkan bagi mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dinyatakan di atas.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK MEMOHON?

Mereka yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA Online RM100/Sehari

CARA PERMOHONAN BANTUAN KUARANTIN NADMA ONLINE

Mereka yang berkelayakan bolhe ikuti cara permohonan seperti di bawah:

  1. Muat turun borang yang perlu diisi seperti berikut:
  2. Kemudian, sertakan dokumen-dokumen sokongan berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
    • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  3. Lengkap semua permohonan anda boleh terus hantar melalui:
    • Whatsapp: 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab)
    • E-mail: [email protected]
    • Pos ke alamat:

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

NOTA:

PANDUAN PENUH PERMOHONAN DISINI

Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

BACA JUGA :  Permohonan Kolej Profesional MARA 2022/2023 Secara Online

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH