Panduan Permohonan Kad OKU Online Melalui JKM

Panduan Permohonan Kad OKU Online Melalui JKM

Panduan Permohonan Kad OKU.

Banyak manfaat dan bantuan kerajaan yang akan anda perolehi sekiranya anda berdaftar di bawah JKM.

Nak tahu dengan lebih lanjut?

Jom baca Panduan Permohonan Kad OKU Online Melalui JKM dimana semua maklumat yang anda perlukan kami sediakan di Thesumber.

Apa Itu Orang Kurang Upaya (OKU)?

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008:

‘Orang Kurang Upaya’ termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual,
atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Oleh itu, OKU digalakkan untuk mendaftar supaya mendapat manfaat yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan.

Panduan Permohonan Kad OKU

OBJEKTIF PENDAFTARAN OKU

Pendaftaran OKU digalakkan oleh pihak JKM bagi tujuan yang berikut:

  • Membanci bilangan taburan dan kategori OKU di dalam negara bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
  • Bagi merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU
  • Membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap ketidakupayaan mereka.

Sukacita kami maklumkan pada 5 Jun 2020, Perdana Menteri Malaysia melalui program PENJANA telah
mengumumkan bantuan bagi golongan OKU:

Lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk menerima bantuan one-off sebanyak RM300. Bayaran akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha

Panduan Permohonan Kad OKU 2020

Berikut kami kongsikan kategori-kategori OKU, syarat-syarat pendaftaran, cara pendaftaran dan pelbagai maklumat penting buat rujukan anda:

Read Also :  Cara Memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

KATEGORI-KATEGORI OKU

Berikut adalah kategori-kategori Orang Kurang Upaya di Malaysia:

Kurang Upaya Penglihatan (BL)

  • Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada disebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin mata atau kanta sentuh.

Kurang Upaya Pertuturan (SD)

  • Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.

Kurang Upaya Fizikal (PH)

  • Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya.
  • Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy.
  • Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.

Kurang Upaya Pembelajaran (LD)

  • Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.
  • Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay)

Kurang Upaya Mental (ME)

  • Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri.
  • Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri.
  • Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik
Read Also :  Permohonan Pos Rider Malaysia 2020 Secara Online

Kurang Upaya Pelbagai (MD)

  • Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada.
  • Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.

NOTA:

Sebelum mendaftar, anda dinasihatkan untuk mengenal pasti terlebih dahulu kategori-kategori OKU yang layak
untuk mendaftar dan diterima oleh JKM.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN OKU

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh OKU untuk mendaftar:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Disahkan atau diperakui oleh Pegawai Perubatan
  3. Kes Ketidakupayaan jelas dan boleh disahkan oleh pegawai JKM seperti:
    – Ketua Pendaftar OKU: Pengarah JPOKU
    – Timbalan Ketua Pendaftar OKU: Pegawai JPOKU yang menguruskan pendaftaran
    – Pendaftar OKU: Pengarah JKM Negeri
    – Penolong Pendaftar OKU: Pegawai yang menguruskan pendaftaran di JKMN & PKMD

PANDUAN PENDAFTARAN ONLINE KAD OKU

APA ITU KAD OKU?

KAD OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Kad tersebut terbahagi kepada 7 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti berikut:

  1. Penglihatan – Biru
  2. Pendengaran – Ungu
  3. Fizikal – Hijau
  4. Pertuturan – Coklat
  5. Masalah Pembelajaran – Kuning
  6. Mental – Putih
  7. Pelbagai – Merah

BORANG PERMOHONAN KAD OKU

Langkah mudah untuk anda membuat pendaftaran kad OKU melalui JKM adalah seperti yang berikut:

  1. Pastikan anak-anak atau kenalan OKU mempunyai ciri-ciri di bawah salah satu kategori OKU berdasarkan simptom-simptom tertentu.
  2. Dapatkan nasihat dan pandangan pegawai perubatan atau pengamal perubatan termasuk doktor pakar perubatan kerajaan atau swasta.
  3. Setelah disahkan mengalami kurang upaya, Borang Permohonan Pendaftaran (BPPOKU) perlu diisi. Untuk mengisi borang ini, anda boleh dapatkan nasihat daripada pejabat JKM terdekat atau memuat turun borang pendaftaran pada pautan yang kami sediakan: Borang Permohonan Pendaftaran KAD OKU
  4. Borang yang telah lengkap dan disahkan beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen sokongan seperti MyKad /Sijil Kelahiran / MyKid diserahkan kepada pegawai JKM.
  5. Kad OKU akan diproses dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pegawai JKM (biasanya 2 minggu)
Read Also :  Cara Renew Permit Pembantu Rumah Online

Maklumat Lanjut Panduan Permohonan Kad OKU

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran melalui JKM (Orang Kurang Upaya), sila rujuk maklumat di bawah:

Kesimpulan Panduan Permohonan Kad OKU

Semoga artikel kami ini dapat membantu meringankan beban golongan OKU yang memerlukan bantuan. Sebarkan artikel ini kepada kenalan atau keluarga anda. Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH

The surge of online ad spending in 2024. Juan carlos vela saa. ??.