Panduan Daftar Sistem e-Census.
TheSumber hari ini menyediakan anda artikel Panduan Daftar Sistem e-Census: Banci Malaysia Online 2020 panduan khas untuk anda yang masih keliru tentang sistem ini.
Sudahkan anda mendaftar dan mengisi sistem banci Malaysia 2020?
Belum lagi?
Jom baca!
Isi Kandungan
Apakah Itu e-Census?
Portal eCensus iaitu kaedah pengisian soal selidik banci penduduk dan perumahan Malaysia secara online telah diwujudkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi memudahkan urusan anda untuk membuat bancian.
Melalui eCensus proses pembancian tidak memerlukan secara bersemuka dan responden hanya perlu menjawab soal selidik secara online seperti yang dinyatakan di bawah.
Ini adalah kerana penularan Covid-19 yang melanda Malaysia dimana kerajaan cuba mengambil langkah untuk mengurangkan apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan sentuhan dan sebagainya.
Matlamat utama pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk di Malaysia.
Panduan Daftar Sistem e-Census: Banci Malaysia Online 2020
Berikut kami kongsikan cara daftar & isi e-Census online:
SIAPA YANG LAYAK BUAT BANCIAN MALAYSIA INI?
Umum mengetahui setiap isi rumah di Malaysia diwajibkan untuk menjalani proses pembancian.
Namun ada beberapa kriteria tertentu yang perlu diberikan perhatian seperti di bawah:
- Bayi yang lahir pada atau sebelum hari banci dan masih hidup pada hari banci.
- Orang yang meninggal dunia pada atau selepas hari banci dilakukan.
- Pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal di asrama dalam tahun banci.
- Penyewa, penumpang, pembantu rumah, pelawat, dan saudara mara yang tinggal dengan isi rumah.
- Ahli biasa yang tiada kediaman untuk tempoh 6 bulan kerana bekerja, bercuti, berkursus, melancong sama ada di dalam negara dan luar negara, mengunjungi tempat ibadat dan lain-lain.
- Sesiapa yang berada atau akan berada kurang daripada 6 bulan daripada tahun banci.
SIAPA YANG TAK PERLU BUAT BANCIAN?
- Bayi yang lahir selepas daripada hari banci.
- Mereka yang meninggal dunia sebelum hari banci.
- Penuntut kolej atau universiti yang tidak tinggal bersama ibu bapa melebihi 6 bulan.
- Penuntut Malaysia yang telah berada di luar negara melebihi 6 bulan.
- Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara melebihi 6 bulan.
- Sesiapa yang tinggal di tempat kediaman yang berasingan dan kembali ke tempat kediaman pada hujung minggu atau cuti sahaja.
CARA MENDAPATKAN INVITATION CODE e-CENSUS
Pendaftaran e-census melibatkan pengisian invitation code.
Apa itu INVITATION CODE?
- Invitation code merupakan kod unik tempat kediaman yang perlu dimasukkan semasa mendaftar e-census.
MELALUI POSKAD
- Poskad e-Census diedarkan oleh pegawai DOSM negeri bermula 6 Julai ke tempat kediaman yang terpilih.
MELALUI PRA-PENDAFTARAN
- Bagi mereka yang tidak menerima apa-apa poskad, pra-pendaftaran untuk mendapatkan invitation code ini akan dibuka bermula 6 Julai sehingga 23 September 2020.
LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN e-CENSUS ONLINE
Berikut merupakan panduan pra pendaftaran untuk sistem bancian online e-Census:
- Anda boleh layari laman rasmi MyCensus (https://www.mycensus.gov.my/) ATAU terus ke pautan e-Census (https://ecensus.mycensus.gov.my/)
- Bagi anda yang baru ingin mendaftar, klik pada butang PENGGUNA KALI PERTAMA, kemudian klik pada butang DI SINI untuk meneruskan proses pra pendaftaran e-Census.
- Selepas itu, anda dikehendaki untuk memasukkan maklumat-maklumat peribadi seperti berikut:
- -NAMA
-NO. KAD PENGENALAN
-ALAMAT E-MEL
-NO. TELEFON
-ALAMAT KEDIAMAN SEMASA
-BILANGAN ORANG YANG BIASA
-ALAMAT RUMAH - Anda kemudian akan menerima e-mel pengesahan pra pendaftaran dan dikehendaki untuk klik pada SAHKAN DI SINI untuk mengesahkan identiti anda.
- E-mel Invitation Code akan dihantar pada anda dan seterusnya anda boleh membuat pendaftaran e-Census
PANDUAN ISI BORANG e-CENSUS ONLINE
- Setelah menerima emel yang mengandungi Invitation Code, klik kembali butang ‘Pengguna Kali Pertama’ dalam portal e-Census.
- Masukkan nama penuh, emel, no. telefon bimbit dan no Invitation Code yang telah diberi.
- Klik pada butang ‘Daftar’ dan pop-up pengesahan alamat akan keluar dan anda perlu memastikan alamat adalah benar.
- Klik ‘Ya’ dan ‘Daftar’ untuk menyelesaikan pendaftaran dan pilih ‘Tidak’ jika alamat tidak sama.
- Login emel yang didaftarkan dan pengguna akan menerima emel 6 digit Kata Laluan Satu Masa.
- Klik butang ‘Log Masuk’ pada portal e-Census.
- Masukkan no. telefon dan klik butang ‘Log Masuk.’
- Masukkan 6 digit Kata Laluan Satu Masa dan klik ‘Teruskan.’
- Paparan pemuka e-Census akan memaparkan nama, nombor telefon dan alamat e-mel anda.
- Klik ‘Pengesahan Maklumat’ pada bahagian kiri paparan.
- Lengkapkan maklumat-maklumat seperti:
– Pengesahan maklumat
– Pengesahan alamat
– Butir-butir responden
– Butir-butir isi rumah
– Perakuan - Pengguna perlu memasukkan maklumat-maklumat tersebut dengan lengkap.
- Setelah semua maklumat diisi, kilik butang ‘Sahkan’ pada bahagian perakuan.
- Pengguna akan menerima emel penyelesaian banci.
- Klik butang ‘Log Keluar’ untuk kembali ke halaman utama.
Info Lanjut Panduan Daftar Sistem e-Census: Banci Malaysia 2020
Sebarang pertanyaan boleh terus layari laman web MyCensus atau rujuk manual pendaftaran & pengisian eCensus
Semoga artikel TheSumber hari ini dapat membantu memudahkan urusan anda untuk membuat bancian. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.
TERIMA KASIH