Bantuan Mahasiswa Selangor 2021.
Pakej Kita Selangor 2.0 menyediakan satu inisiatif khas iaitu bantuan barangan makanan kepada anak-anak Selangor yang sedang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.
Dijangkakan bahawa inisiatif ini bakal memberikan manfaat kepada 7,500 mahasiswa di seluruh Negeri Selangor.
Anda berminat?
Macam mana nak buat permohonan?
Artikel Thesumber hari ini Bantuan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan Barang Makanan kami bawakan khas untuk mereka yang berada di IPT dan ingin mendapatkan inisiatif yang disediakan kerajaan Selangor ini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Mahasiswa Selangor?
Untuk makluman anda, bantuan ini disediakan dalam bentuk barangan makanan dan keperluan asas kepada mahasiswa di kampus.
Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi menjayakan pelaksanaan inisiatif ini.
Bantuan Mahasiswa Selangor merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan dan Kebajikan Mahasiswa Anak Negeri Selangor dikelola secara terus oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor.
Tujuan utama bantuan ini disediakan adalah untuk membantu meringankan beban penuntut IPT dari seluruh Malaysia yang merupakan anak kelahiran Selangor yang masih tinggal di IPT masing-masing.
Bantuan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan Barang Makanan
Berikut kami kongsikan syarat permohonan, prosedur permohonan etc sebagai rujukan anda:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan yang ditetapkan untuk melayakkan anda menerima bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon merupaka mahasiswa kelahiran negeri Selangor atau bermastautin di Negeri Selangor.
- Pemohon mestilah pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri.
CARA PERMOHONAN BANTUAN MAHASISWA SELANGOR 2021
Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:
- Pemohon perlu mengisi: BORANG BANTUAN BARANG MAKANAN MAHASISWA SELANGOR terlebih dahulu.
- Isi kesemua maklumat yang diminta dengan betul dan lengkap.
- Pastikan anda membuat semakan maklumat yang diisi sebelum menghantar permohonan.
- Selesai semuanya klik ‘Submit’ untuk hantar borang anda.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Jika saya merupakan mahasiswa IPT di Selangor tetapi bukan lahir atau menetap di Negeri Selangor, adakah saya layak untuk membuat permohonan?
- Tidak. Hanya mahasiswa anak Negeri Selangor dan tinggal di Negeri Selangor sahaja layak untuk memohon.
Adakah bantuan makanan tersebut boleh ditukar dengan bantuan tunai?
- Tidak. Hanya bantuan berbentuk makanan dan keperluan asas sahaja akan diberi.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran di bawah:
- Talian: 3-5521 2303/03-5544 7073
- E-mail pertanyaan ke: [email protected]
Selamat maju kami ucapkan.
TERIMA KASIH